MTUC Sokong RMK13: Gaji sound effects free download

By monitormalaysia

1 Downloads

2 weeks ago

60 seconds

monitormalaysia Sound Effects

About MTUC Sokong RMK13: Gaji Mp3 Sound Effect

MTUC Sokong RMK13: Gaji Progresif & Latihan Kemahiran Fokus Utama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik fokus RMK13 terhadap kebajikan dan perlindungan pekerja, termasuk pelaksanaan gaji progresif sebagai kesinambungan Akta Gaji Minimum Kebangsaan Menurut, Presiden MTUC Datuk Abdul Halim Mansor menegaskan semakan gaji perlu telus, inklusif, dan selaras dengan keadaan ekonomi serta kos sara hidup Beliau turut menggesa pensijilan kemahiran menyeluruh bagi pekerja berpengalaman, memperluas latihan melalui ILP, dan menyelarasnya dengan Program Negara Pekerjaan Layak (ILO) MTUC yakin RMK13 berasaskan keadilan sosial dan kemampanan ekonomi mampu meningkatkan kesejahteraan pekerja “Akta Gaji Minimum Kebangsaan menetapkan semakan gaji setiap dua tahun. Pelaksanaan gaji progresif dalam RMK13 adalah kesinambungan positif yang perlu dilaksana berkesan melalui Majlis Perundingan Gaji Negara,” — Presiden MTUC, Datuk Abdul Halim Mansor KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik penekanan yang diberikan terhadap sektor pekerjaan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), terutamanya dalam aspek peningkatan kebajikan dan perlindungan kepada golongan pekerja. Presidennya, Datuk Abdul Halim Mansor berkata RMK13 membuka ruang penting untuk kerajaan terus memperkukuh dasar berkaitan gaji progresif dan pembangunan modal insan, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI. “Kerajaan sudah mempunyai Akta Gaji Minimum Kebangsaan yang menetapkan semakan gaji setiap dua tahun. Pelaksanaan gaji progresif yang dicadangkan dalam RMK13 merupakan kesinambungan positif dan perlu dilaksana dengan berkesan melalui Majlis Perundingan Gaji Negara,” katanya. Menurut beliau, penekanan terhadap gaji progresif seharusnya mengambil kira keadaan ekonomi semasa serta keperluan sektor-sektor utama negara, supaya ia memberi manfaat secara langsung kepada pekerja. Datuk Abdul Halim turut menyarankan supaya penetapan kadar gaji disemak semula dengan lebih telus dan inklusif, mengambil kira garis panduan ekonomi serta kos sara hidup rakyat. Menyentuh mengenai aspek pembangunan berteraskan teknologi dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) seperti yang digariskan dalam RMK13, beliau menegaskan perlunya mekanisme pensijilan kemahiran yang menyeluruh bagi pekerja berpengalaman. “Pekerja yang sudah lama menyumbang dalam sektor masing-masing perlu diberikan pengiktirafan melalui sistem pensijilan kerja di tapak (on-job certification). Ini membolehkan mereka mendapat peluang kemajuan kerjaya dan pendapatan yang lebih setimpal,” katanya. MTUC turut menyokong cadangan kerajaan memperluas akses latihan kemahiran di bawah institusi seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP) bagi meningkatkan keupayaan tenaga kerja sedia ada, selaras dengan aspirasi RMK13. Menurut beliau, langkah ini perlu diselaraskan dengan kerangka Program Negara Pekerjaan Layak (Decent Work Country Programme) seperti yang digariskan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), memandangkan lebih setengah juta tenaga kerja baharu memasuki pasaran setiap tahun. MTUC yakin pelaksanaan RMK13 yang berpaksikan nilai keadilan sosial dan kemampanan ekonomi akan memperkukuh kesejahteraan golongan pekerja di pelbagai peringkat. Sumber: Berita RTM #pmx #anwaribrahim #rakyatmalaysia #netizen #beritatiktok #MTUC #NGO #buruh #swasta #madanibekerja #rmk13 #kerajaanperpaduan #madani #kerajaanMADANI #MCMC #kerja #fyp
MTUC Sokong RMK13: Gaji Sound Effects Free Download. Sound Effects Downloader To Help You Download The Highest Quality MTUC Sokong RMK13: Gaji Sound Effects Free Download For TikTok Videos. You Just Search Sound Effects And Download.

My You Like It