KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi sound effects free download
0 Downloads
2 weeks ago
30 seconds
About KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi Mp3 Sound Effect
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi perhatian terhadap lima perkara utama dalam menyemak semula Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memastikan pindaan baharu selaras Perlembagaan Persekutuan dan prinsip demokrasi. Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pindaan itu perlu selaras sepenuhnya dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata, tertakluk kepada sekatan munasabah demi keselamatan negara, ketenteraman awam dan moral. Selain itu, katanya, ia juga perlu menghapuskan peruntukan yang mengenakan hukuman berlebihan atau tidak seimbang terhadap penganjur atau peserta supaya tidak menghalang penganjuran perhimpunan awam sah. "Seterusnya, pindaan itu perlu menyediakan prosedur yang jelas, munasabah dan tidak membebankan bagi penganjuran perhimpunan supaya keperluan pentadbiran tidak menjadi penghalang kepada pelaksanaan hak berperlembagaan. "Ia perlu menegakkan prinsip kesaksamaan dan kepatutan (proportionality) iaitu sebarang sekatan mesti benar-benar perlu dan paling minimum untuk mencapai tujuan sah. "Pindaan ini juga hendaklah melindungi peserta daripada gangguan atau tindakan sewenang-wenangnya dengan garis panduan yang jelas kepada pihak penguat kuasa untuk mengurus perhimpunan secara mengutamakan dialog dan mengelakkan ketegangan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Semalam melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat menjawab soalan Jiy Puah Wee Tse (PH-Tebrau), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, kerajaan sedang menyemak semula Akta Perhimpunan Aman 2012 susulan keputusan Mahkamah Persekutuan bulan lalu memutuskan bahawa satu peruntukan utama undang-undang itu tidak sah dan tidak berperlembagaan. Lam Thye berkata, hak untuk berhimpun secara aman adalah lambang kematangan demokrasi dan tidak sepatutnya dianggap sebagai ancaman. "Sebaliknya ia wajar digunakan sebagai saluran sah bagi rakyat menyuarakan pendapat, menyertai wacana awam dan memastikan pihak berkuasa dipertanggungjawabkan. "Sehubungan itu, Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat menggesa kerajaan dapat memastikan pindaan Akta Perhimpunan Aman bukan sahaja mematuhi keputusan Mahkamah Persekutuan tetapi berhasil mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara yang menghormati hak asasi manusia, kebebasan demokratik dan kedaulatan undang-undang," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menyambut baik keputusan kerajaan menyemak Akta Perhimpunan Aman 2012 susulan keputusan bersejarah Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang memutuskan satu peruntukan dalam akta itu adalah tidak berperlembagaan. "Keputusan ini menjadi peringatan penting bahawa undang-undang negara mesti sentiasa selaras dengan kebebasan asas yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan khususnya hak untuk berhimpun secara aman. "Kami juga menyokong penuh gesaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) supaya kerajaan membabitkan kumpulan masyarakat sivil, pakar undang-undang dan semua pihak berkepentingan dalam proses semakan berkenaan," katanya. Katanya, rundingan yang inklusif amat penting untuk memastikan pindaan yang dibuat praktikal, seimbang dan mencerminkan aspirasi sebuah masyarakat demokratik. Sumber: Berita Harian #MalaysiaMADANI #kerajaanperpaduan #pmx #anwaribrahim #rakyat #malaysianupdate #semua #himpunan #aman #democracyKUALA LUMPUR: Kerajaan Perlu Memberi Sound Effects Free Download. Sound Effects Downloader To Help You Download The Highest Quality KUALA LUMPUR: Kerajaan Perlu Memberi Sound Effects Free Download For TikTok Videos. You Just Search Sound Effects And Download.