𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗢𝗡𝗚 𝗔𝗧𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟𝗔𝗦 sound effects free download
By atm.rasmi
0 Downloads
1 days ago
0 seconds
About 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗢𝗡𝗚 𝗔𝗧𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟𝗔𝗦 Mp3 Sound Effect
𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗢𝗡𝗚 𝗔𝗧𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟𝗔𝗦 𝗖𝗔𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗞𝗦𝗔𝗞 𝗚𝗔𝗠𝗘𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗗𝗜 𝗜𝗣𝗢𝗛, 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 IPOH, 24 Ogos 2025 - Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia telah menganjurkan MAKSAK GAMES 2025 - Ping Pong bertempat di Arena Badminton, Ipoh, Perak pada 21 hingga 24 Ogos 2025 bagi kategori Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, Beregu Lelaki Terbuka, Beregu Lelaki Veteran dan Beregu Campuran. Sebanyak 15 Badan Gabungan MAKSAK termasuk Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) telah menyertai kejohanan ini dengan menampilkan barisan pemain ATM yang telah menunjukkan prestasi cemerlang semasa Kejohanan Ping Pong Antara Perkhidmatan ATM Tahun 2025 yang lalu. Barisan pemain ATM yang terlibat adalah seperti berikut: 1. Perseorangan Lelaki - Johan. LK I TLS Muhd Shakirin bin Ibrahim. 2. Perseorangan Wanita - Peringkat Kumpulan. Lt Kol Kamisah binti Salimin TUDM. 3. Beregu Lelaki Terbuka - Peringkat Kumpulan. Sjn U Mohamad Nor Maliki bin Ab Ghani/ Sjn U Remy Izwan bin Yaacob 4. Beregu Veteran - Suku Akhir. SSjn Khairul Anwar bin Jumali/ Sjn Mhd Syarifudin bin Siji 5. Beregu Campuran - Suku Akhir. Sjn U Muhamad Amani bin Hairulnizam/ LU I (W) Nur Ainul Husna binti Mohd Zamri. Pada kejohanan kali ini telah menyaksikan ATM telah berjaya dinobatkan sebagai Johan dalam Kategori Perseorangan Lelaki. Bagi Kategori Beregu Veteran dan Beregu Campuran berjaya mara ke peringkat Suku Akhir manakala bagi Kategori Perseorangan Wanita dan Beregu Lelaki Terbuka masing-masing di kedudukan ketiga peringkat kumpulan. Mej Jen Omar bin Hj Dawami TUDM selaku Pengerusi Ping Ping ATM turut hadir sepanjang kejohanan berlangsung. Penghargaan kepada Pengurus Pasukan ATM iaitu Lt Kol Kamisah Salimin TUDM yang juga Setiausaha Persatuan Ping Pong ATM dan Ketua Jurulatih ATM iaitu Sjn Mohamad Nor Maliki bin Ab Ghani yang telah diberi kepercayaan oleh Pengurusan Persatuan Ping Pong ATM bagi mengurus dan melatih semua pemain mengutip pingat dalam kejohanan pada tahun ini sekaligus mengutip mata bagi menaikkan kedudukan ATM dalam carta MAKSAK Malaysia. Syabas dan tahniah kepada pasukan Ping Pong ATM. Sumber: MSAT #AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara #PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan #KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama #ATMSentiasaBersepadu #DutyHonourSacrifice𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗢𝗡𝗚 𝗔𝗧𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟𝗔𝗦 Sound Effects Free Download. Sound Effects Downloader To Help You Download The Highest Quality 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗢𝗡𝗚 𝗔𝗧𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟𝗔𝗦 Sound Effects Free Download For TikTok Videos. You Just Search Sound Effects And Download.