PASUKAN OPERASI TENTERA DARAT MALAYSIA sound effects free download

By atm.rasmi

2 Downloads

4 days ago

54 seconds

atm.rasmi Sound Effects

About PASUKAN OPERASI TENTERA DARAT MALAYSIA Mp3 Sound Effect

PASUKAN OPERASI TENTERA DARAT MALAYSIA BERJAYA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP GANJA KE MALAYSIA Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) ingin mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan kejayaan Tentera Darat Malaysia (TDM) mengekang aktiviti Jenayah Rentas Sempadan (JRS) daripada berlaku di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd). PASIR MAS : Pada 21 Ogos 2025 jam 12.45 tengah hari, pasukan beroperasi yang sedang melaksanakan rondaan telah melihat empat (04) orang lelaki dewasa sedang memindahkan barang daripada sebuah bot ke tebing Sungai Golok di sebelah Malaysia. Apabila dihampiri, kesemua lelaki dewasa tersebut telah berjaya melarikan diri ke tebing di sebelah Thailand dan meninggalkan barangan tersebut. Apabila diperiksa, didapati barangan tersebut adalah empat (04) buah kotak yang berisi ganja mampat dengan berat keseluruhan adalah 207 kg dan anggaran nilai rampasan adalah sebanyak RM 641,700.00. Kesemua barang rampasan telah diserahkan ke Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan selanjutnya. Pasukan beroperasi akan terus memperketatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang aktiviti JRS. TDM akan terus komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara sentiasa terkawal dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan.
PASUKAN OPERASI TENTERA DARAT MALAYSIA Sound Effects Free Download. Sound Effects Downloader To Help You Download The Highest Quality PASUKAN OPERASI TENTERA DARAT MALAYSIA Sound Effects Free Download For TikTok Videos. You Just Search Sound Effects And Download.

My You Like It