Pada hari Jumaat malam 30 sound effects free download

By siblingsbby

0 Downloads

2 days ago

0 seconds

siblingsbby Sound Effects

About Pada hari Jumaat malam 30 Mp3 Sound Effect

Pada hari Jumaat malam 30 Ogos 1957, orang ramai berkumpul di Padang Kuala Lumpur untuk menyaksikan upacara penurunan bendera kebangsaan Britain, Union Jack bagi digantikan dengan bendera kebangsaan Tanah Melayu yang ketika itu tidak bernama. Bendera kebangsaan Federation of Malaya hanya dinamakan sebagai Jalur Gemilang pada tahun 1997 setelah ditambah jalur dan bucu bintang pada 16 September 1963 apabila ia menjadi bendera kebangsaan Persekutuan Malaysia. Mereka sampai lebih awal iaitu pada petangnya. Ada yang meletak kereta dan basikal di tepi Padang. Di kalangan mereka ialah wakil-wakil Pergerakan Pemuda UMNO dari seluruh negara. Mereka berpakaian kemeja dan seluar putih serta bersongkok. Orang ramai tunggu hinggalah pukul 11.58 malam, 30 Ogos 1957 apabila Tunku Abdul Rahman sampai di situ. Sebaik saja dentingan jam hingga 12 kali, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Tanah Melayu dinaikkan dengan lagu Negaraku dinyanyikan. Kemudian orang ramai melaungkan Merdeka sebanyak tujuh kali. Tunku pun berucap dengan menyatakan bahawa detik malam itu adalah paling bermakna bagi rakyat negara ini. Selepas itu wakil Pemuda UMNO menyampaikan kalungan cenderamata pada Tunku. Acara berakhir pada pukul 1 pagi. Adalah dibayangkan bahawa orang ramai yang hadir itu teruja dengan kegembiraan. Tidak semua dapat pulang ke rumah pada malam itu. Perkhidmatan bas dan keretapi sudah berakhir. Mungkin ada beca yang sanggup menghantar pulang sebahagian daripada mereka. Bagi mereka yang mempunyai kereta dan basikal, mereka pulang sendirian. Tidak kurang pula yang bermalam di Kuala Lumpur. Mereka yang mampu, tentunya tidak ramai bermalam di hotel dan rumah tumpangan. Ada yang bermalam di rumah sanak saudara dan sahabat handai. Tetapi tidak kurang pula yang tidur di stesen keretapi dan masjid. Ini kerana keesokan harinya, pada pukul 9.30 pagi 31 Ogos 1957, satu acara lebih besar akan diadakan di Stadium Merdeka yang baru dibina. Perisytiharan kemerdekaan dilakukan oleh Tunku selepas penyerahan dokumen kekuasaan dari wakil kerajaan British. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Pertahankan Kemerdekaan Dan Kedaulatan 🇲🇾 credit 📸 Arkib Negara, Wilayahku #hariinidalamsejarah #unionjackditurunkan #negaraberdaulat #merdeka #malaysia
Pada Hari Jumaat Malam 30 Sound Effects Free Download. Sound Effects Downloader To Help You Download The Highest Quality Pada Hari Jumaat Malam 30 Sound Effects Free Download For TikTok Videos. You Just Search Sound Effects And Download.

My You Like It