APA JADI BILA KERETA TERPAKAI sound effects free download

By scrutauto

3 Downloads

3 weeks ago

115 seconds

scrutauto Sound Effects

About APA JADI BILA KERETA TERPAKAI Mp3 Sound Effect

APA JADI BILA KERETA TERPAKAI BREK TAK FUNGSI DAN SEBABKAN KEMALANGAN? Baru-baru ini ada seorang pelanggan yang kemalangan kereta brek keretanya tidak berfungsi. Dia tanyakan pendapat SCRUT adakah boleh buat laporan atau tuntutan dalam kes kemalangan dia ni. Aku jawab, boleh tetapi proses dia rumit. Bukan macam pergi minta duit macam gitu je. Perlukan proses yang panjang dan makan modal juga. Sebab itu, pentingnya untuk buat semakan sebelum beli kereta. Apa akibat dan risiko jika terbeli kereta yang rosak dan kerosakan seperti brek tidak berfungsi. 1. Risiko Nyawa & Keselamatan. Paling utama nyawa anda atau orang lain mungkin terancam. Kalau kemalangan berlaku, walaupun kecil, ia boleh menyebabkan kecederaan, kerosakan kenderaan atau lebih buruk kematian. 2. Siapa Tanggungjawab? Jika anda sudah beli dan sign dokumen “as is where is”, tanggung selalunya jatuh kepada pembeli. Tapi jika boleh dibuktikan penjual tahu kereta rosak teruk contoh brek tidak berfungsi, tapi sengaja tidak maklumkan, itu boleh dikira sebagai penipuan atau kecuaian. 3. Boleh Tuntut Ganti Rugi? Ya, anda boleh buat laporan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) jika ada bukti penjual tidak jujur. Tapi kalau beli dari individu dan bukan syarikat, proses tuntutan agak susah perlu bawa ke mahkamah sivil, dan ia makan masa. Apa perlu anda buat? Laporan Polis & Insurans. Buat laporan polis segera jika berlaku kemalangan. Kalau ada insurans komprehensif, anda boleh buat tuntutan, tapi “adjuster” akan siasat jika kereta memang ada masalah mekanikal sebelum beli. Kalau terbukti anda tahu brek tak elok tapi terus bawa, tuntutan insurans boleh ditolak. Itu sebab jangan percaya penjual kereta, anda buatlah semakan dengan lebih terperinci sebelum beli. Ingat, tak nak kena tipu beli kereta, SCRUT dulu! #scrut #broscrut #broscrutnasihat #scrutcheckdulu
APA JADI BILA KERETA TERPAKAI Sound Effects Free Download. Sound Effects Downloader To Help You Download The Highest Quality APA JADI BILA KERETA TERPAKAI Sound Effects Free Download For TikTok Videos. You Just Search Sound Effects And Download.

My You Like It