Semasa saya kecil, gelanggang badminton sound effects free download
4 Downloads
1 days ago
0 seconds
leechongweiofficial Sound Effects
About Semasa saya kecil, gelanggang badminton Mp3 Sound Effect
Semasa saya kecil, gelanggang badminton pertama saya bukanlah di dewan. Ia hanyalah gelanggang kampung yang sederhana—garisan kapur dilukis di atas jalan tar, jaring diikat antara dua tiang. Saya dan rakan-rakan tidak pernah peduli siapa Melayu, Cina, India, Iban, Melanau atau lain-lain. Yang kami fikirkan cuma siapa boleh smash lebih kuat, siapa lari lebih laju, dan siapa yang first dapat minuman limau ais lepas game kitorang. Di gelanggang kecil itu, saya belajar sesuatu yang jauh lebih besar daripada badminton. Saya belajar bahawa hormat, kerjasama, dan persahabatan tidak lahir daripada warna kulit kita, tetapi daripada keikhlasan hati kita. Sepanjang karier saya, setiap kali saya melangkah ke pentas dunia, saya bukan hanya Lee Chong Wei. Saya adalah Malaysia. Dan kekuatan yang saya bawa datang daripada perpaduan jutaan rakyat di tanah air—berlainan bangsa, berlainan agama, namun semuanya bersatu di bawah satu Jalur Gemilang. Hari ini, ketika kita meraikan Hari Merdeka, marilah kita ingat: kekuatan sebenar Malaysia bukan pada perbezaan kita, tetapi pada bagaimana kita berdiri bersama. Seperti di gelanggang kampung, Malaysia akan terus bersinar paling terang apabila kita bermain sebagai satu pasukan. Kita tidak menyokong Pearly kerana dia Cina. Kita tidak menyokong Izzuddin kerana dia Melayu. Kita tidak menyokong Thinaah kerana dia India. Kita menyokong mereka semua kerana mereka adalah anak Malaysia. Selamat Hari Merdeka, Malaysia! 🇲🇾❤️ 祝大家马来西亚第68个独立日快乐, 女双、混双,世锦赛决赛打出自己的节奏🏸 Happy Independence Day, my home my country. Thank you gak Pearly-Thinaah Chen-Toh yang tengah berentap di world championship Paris. Semoga ada kilauan emas sempena Hari Yang Mulia kita ni . Sidenote: Sekarang kebetulan masuk bulan Hungry Ghost Month. Terrance yang memang curious tiba-tiba tanya: Terrance: “Pa, betul ke hantu keluar bulan ni? I takut la…” Aku: “Jangan percaya sangat la, anakku. Hungry Ghost Month ni sebenarnya amalan budaya supaya generasi muda ingat dan kenang jasa moyang kita.” Terrance: “Tapi I masih takut la… especially lepas tengok cerita hantu lompat-lompat tu.” Tiba-tiba… Kingston: “Kau takut apa? Kalau betul ada hantu pun, mak kita lagi menakutkan kot!” Belum sempat dia perasan… sebuah kamus dengan ketepatan sniper mendarat betul-betul di belakang kepalanya. Rupanya mak dia ada kat belakang! Aduhai… apa nak jadi dengan budak-budak aku ni. 🤦♂️Semasa Saya Kecil, Gelanggang Badminton Sound Effects Free Download. Sound Effects Downloader To Help You Download The Highest Quality Semasa Saya Kecil, Gelanggang Badminton Sound Effects Free Download For TikTok Videos. You Just Search Sound Effects And Download.