DENU sebuah filem berkisah tentang sound effects free download
By che_kem
0 Downloads
1 weeks ago
14 seconds
About DENU sebuah filem berkisah tentang Mp3 Sound Effect
DENU sebuah filem berkisah tentang perjuangan orang seni. Tersepit antara warisan, cinta dan kuasa. Dato Ahmad Tamimi Siregar meletakkan kesenian makyung sebagai subjek utama dalam mengungkap kisah manusia yang berkonflik sesama. Dalam latar Malaya menempuh fasa moden dengan pengaruh budaya baharu dalam masyarakat. Makyung masih menjadi alat popular yang menghimpunkan masyarakat untuk berhibur dan memenuhi fitrah seni dalam diri. Kedudukan makyung sebagai kesenian popular di kampung dilihat sebagai agen utama mendekatkan masyarakat dengan politik. Lalu makyung mahu digunakan sebagai platform meraih kuasa dan sokongan. Pok Yeh lakonan Sabri Yunus berperang dengan prinsipnya dalam seni. Desakan Datuk Nik lakonan Che Kem melontar makyung ke medan permainan kuasa. Pengarah menyelit pengaruh tangan politik yang menghancurkan seni pusaka. Beban Pok Yeh menambah bila isterinya Asmah lakonan Nad Zainal yang menjadi taruhan seninya, seri panggung makyung mula melihat makyung Pok Yeh tidak mampu membawa impiannya jauh, jurang usia antara Asmah dan Pak Yeh memerangkap cinta mereka dalam konflik batin. Amiruddin lakonan Hairi Safwan menangguk di air keruh, menawar harapan dan menarik Asmah dalam hubungan. Makyung menjadi seni tua yang tidak sehaluan dengan kemahuan baharu masyarakat. Mengheret Pok Yeh dalam perang yang hebat. Denu bukan sekadar cerita makyung, ia kisah hebat manusia yang berjuang kerana maruahnya. Jom ke pawagam 21 Ogos 2025 #denu #filemdenu #makyung #makyongDENU Sebuah Filem Berkisah Tentang Sound Effects Free Download. Sound Effects Downloader To Help You Download The Highest Quality DENU Sebuah Filem Berkisah Tentang Sound Effects Free Download For TikTok Videos. You Just Search Sound Effects And Download.