About Astroaudionews Sound Effects

Kementerian Kesihatan (KKM) akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengkaji secara terperinci cadangan merekrut jururawat dari Indonesia bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja di fasiliti kesihatan kerajaan, terutamanya di Johor. Cadangan itu dikemukakan oleh Konsul Jeneral Indonesia di Johor dan disokong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk diteliti lanjut. Bagaimanapun, Cuepacs membantah cadangan itu, menegaskan keutamaan perlu diberikan kepada jururawat tempatan yang masih menunggu penempatan tetap atau kontrak. #AstroAudioNews
Sistem pembayaran terbuka tol guna teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik akan dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan bermula Oktober. Ia membolehkan pengguna melalui mana-mana lorong sedia ada tanpa perlu berhenti, sekali gus menjanjikan perjalanan lebih lancar dan fleksibel. #AstroAudioNews
Ketua Polis Negara beri amaran kepada individu atau pihak yang sebar gambar dan maklumat tidak tepat berkaitan kes kematian Zara Qairina. Ini kerana ia boleh dikenakan tindakan di bawah 3 akta antaranya Akta Kanak-Kanak dan Akta Komunikasi dan Multimedia. Peringatan tersebut diberikan susulan pihaknya kesan penyebaran maklumat dan gambar kanak-kanak yang dikaitkan dengan mangsa di media sosial. Tegas beliau, tindakan itu bukan sahaja jejas siasatan malah turut ganggu proses keadilan. #AstroAudioNews
Polis sahkan kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir tiada kaitan dengan dakwaan melibatkan cucu Yang Dipertua Negeri Sabah atau status pengetua sekolah sebagai isteri menteri seperti yang didakwa sesetengah pihak. #ZaraQairina #AstroAudioNews
Konsulat Jeneral Republik Indonesia Johor Bahru saran jururawat dari negara itu dibenarkan berkhidmat di Malaysia bagi tangani isu kekurangan tenaga kerja dalam sektor perubatan. #AstroAudioNews
Suasana di Parlimen pagi tadi apabila Speaker Dewan Rakyat menegur beberapa Ahli Parlimen yang membuat bising ketika sesi perbahasan. #parlimenmalaysia #Speaker #DewanRakyat #AstroAudioNews
Seorang pelajar wanita sebuah kolej disyaki dibunuh ditemukan tergantung pada kipas siling di ruang tamu tingkat dua rumah keluarganya di USJ 2/1, Subang Jaya, Khamis lalu. Bedah siasat mengesahkan punca kematian akibat cekikan manual, dengan kesan kecederaan pada tulang dan otot leher mangsa. Polis menyiasat kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan. #AstroAudioNews
Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail menggesa pempengaruh media sosial dan orang ramai agar tidak mengeluarkan kandungan yang boleh menakutkan saksi-saksi kes, terutama dalam usaha membawa keadilan ke muka pengadilan. Beliau mendedahkan, terdapat individu yang bertemu dengannya dan meluahkan rasa gusar selepas didakwa menerima ugutan daripada segelintir pempengaruh TikTok yang menuduh mereka menyebarkan cerita palsu. Sumber: Astro Awani #ZaraQairina #AstroAudioNews
Hasil siasatan pasukan Task Force Bukit Aman mendapati terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan babitkan kematian Allahyarham Zara Qairina. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah berkata pegawai penyiasat didapati tidak membuat permohonan untuk proses bedah siasat. Susulan itu, tindakan tegas akan diambil kepada pegawai penyiasat dan penyelia kerana tiada penyeliaan. Walau bagaimanapun, Datuk M Kumar turut dedahkan bahawa terdapat persetujuan atau permohonan daripada ibu mangsa memohon supaya bedah siasat tidak dibuat. #ZaraQairina #astroaudionews
Tentera Darat Malaysia sedang teliti semula SOP latihan termasuk membabitkan PALAPES. Bulan lalu seorang kadet PALAPES UTM, Allahyarham Syamsul Haris dilapor meninggal dunia ketika jalani latihan dan keluarga beranggapan punca kematian belum jelas dan meragukan. #AstroAudioNews