Diasaskan pada 16 September 2009, sound effects free download
By siblingsbby
4 Downloads
9 months ago
60 seconds
About Diasaskan pada 16 September 2009, Mp3 Sound Effect
Diasaskan pada 16 September 2009, TV AlHijrah merupakan satu-satunya saluran televisyen berdefinisi tingga percuma (FTA) milik kerajaan berdefinisi tinggi yang berkonsepkan hiburan islamik yang pertama di Malaysia. TV AlHijrah yang diuruskan oleh AlHijrah Media Corporation merupakan satu inisiatif kerajaan dalam mewujudkan saluran televisyen yang mempromosikan Islam sebagai gaya hidup melalui kandungan kerohanian berimpak tinggi yang disiarkan. Stesen TV AlHijrah adalah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan mendapat perkenan Raja-Raja Melayu dan kelulusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI). TV AlHijrah diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan melapor kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Pada 1 November 2010, siaran percubaan stesen TV AlHijrah bermula dengan tetapan waktu siaran 9 jam sehari pada hari Isnin hingga Khamis dan 12 jam sehari pada hari Jumaat hingga Ahad. jarah tercipta apabila TV AlHijrah dilancarkan secara rasmi pada 1 Muharam 1432H bersamaan 7 Disember 2010 oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dalam majlis yang penuh gilang gemilang di Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. TV AlHijrah yang bersiaran dari ibu pejabatnya di Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur kini dapat ditonton secara global setiap hari untuk kandungan hiburan islamik, berita terkini, perbincangan isu semasa, rancangan pendidikan yang mengikut arus semasa dan mengikut landasan syariah yang ditetapkan. Kandungan yang disiarkan oleh TV AlHijrah sesuai untuk dinikmati semua peringkat umur, kepelbagaian agama serta semua lapisan masyarakat. credit 📸 TV Alhijrah #hariinidalamsejarah #tvalhijrah #segalanyabermuladisini #2010Diasaskan Pada 16 September 2009, Sound Effects Free Download. Sound Effects Downloader To Help You Download The Highest Quality Diasaskan Pada 16 September 2009, Sound Effects Free Download For TikTok Videos. You Just Search Sound Effects And Download.