Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah sound effects free download

By auroraayeshaa

50 Downloads

33 months ago

9 seconds

auroraayeshaa Sound Effects

About Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah Mp3 Sound Effect

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Dia dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Dia menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dalam lipatan sejarah Islam, golongan yang pertama inilah yang banyak menerima ujian dan dugaan. Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Dia telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya, dia telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan sebagai hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi dari segi spiritualnya dia mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifatnya yang tegas dan berani. Umar sebelum memeluk Islam amat memusuhi Rasulullah dan kaum muslimin. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semua ini dilakukan dengan penuh hati-hati. #spreaddakwah #5kfollowers♥️ #srikandiislam #zinnirah
Kisah Seorang Muslimat Sejati Bernama Zinnirah adalah Sound Effects Free Download. Sound Effects Downloader To Help You Download The Highest Quality Kisah Seorang Muslimat Sejati Bernama Zinnirah adalah Sound Effects Free Download For TikTok Videos. You Just Search Sound Effects And Download.

My You Like It